SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERI DISKAUN TOL 10% PADA PENGGUNA SISTEM TOL ELEKTRONIK SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI  

Kuala Lumpur, 20 Oktober 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan diskaun tol sebanyak 10% kepada semua jenis kenderaan yang menggunakan kemudahan Touch ‘n Go dan SmartTAG di LPT bersempena dengan perayaan Deepavali.

Pengarah ANIH Berhad, Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata pemberian diskaun tol itu adalah untuk menghargai pengguna lebuhraya LPT terutamanya pada musim perayaan. Inisiatif ini juga menunjukkan usaha berterusan tanggungjawab sosial korporat ANIH Berhad kepada masyarakat.

Diskaun tol 10% itu akan bermula pada 22 Oktober, 2014 dari jam 12:00 tengah malam hingga 11:59 malam.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. Pengguna jalan raya boleh mengikuti laporan terkini LPT di akaun Twitter @LPTTrafik atau lawati www.anihberhad.com.

***Tamat***

Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

  1. Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di
    fazlyaton.hussein@alloymtd.com
  2. Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di
    hafizah.sabri@alloymtd.com
  3. Haniff Ali, Eksekutif Komunikasi di
    haniff.ali@alloymtd.com

Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group

1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111       Fax : 03-6188 0101       Website : www.alloymtd.com

Document Management System (DMS)