SIARAN AKHBAR
UNTUK SIARAN SEGERA

LEBUHRAYA PANTAI TIMUR BERI DISKAUN TOL 20% PADA PENGGUNA SISTEM TOL ELEKTRONIK SEMPENA TAHUN BARU CINA

Kuala Lumpur, 28 Januari 2014 – Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad hari ini mengumumkan pengguna Touch ‘n Go dan SmartTAG di LPT akan menikmati diskaun tol sebanyak 20% sempena dengan cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah ANIH Berhad, Ir. Wan Razali Wan Muda berkata diskaun tol itu adalah sebagai tanda penghargaan kepada pengguna LPT bersempena musim perayaan yang akan bermula dari 12 tengah malam pada 31 Januari 2014 hingga 11.59 malam pada 1 Februari 2014.

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu.

 ***Tamat***

 Tentang ANIH Berhad

ANIH Berhad adalah pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sepanjang 240km. Bermula dari Gombak di Lembah Klang hingga Jabor di Terengganu, LPT menyingkatkan masa perjalanan, dari Lembah Klang ke bandar-bandar utama di sebelah Pantai Timur, terutamanya Kuantan. ANIH Berhad juga adalah pemegang konsesi Lebuhraya KL-Seremban. Operasi tol dan penyenggaraan rangkaian-rangkaian lebuh raya ANIH Berhad diurus oleh Kumpulan AlloyMtd.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

1.            Fazlyaton Hussein, Ketua, Jabatan Komunikasi di fazlyaton.hussein@alloymtd.com

2.            Hafizah Mohd Sabri, Eksekutif Kanan, Komunikasi di hafizah.sabri@alloymtd.com

3.            Haniff Ali, Eksekutif Komunikasi di haniff.ali@alloymtd.com

Siaran Akhbar dikeluarkan bagi pihak ANIH Berhad oleh:
Jabatan Komunikasi
AlloyMtd Group

1, Jalan Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-6195 1111       Fax : 03-6188 0101       Website : www.alloymtd.com

Document Management System (DMS)